Chef Izyan

 - Assalamualaikum -
 
Izyan Hani atau dikenali sebagai Chef Izyan adalah Juara Masterchef Malaysia 2012. Selaku pemenang musim kedua ini, Izyan telah membawa pulang trofi beserta dengan wang tunai yang berjumlah RM 100 000. Beliau turut menerima beberapa sumbangan produk daripada penaja iaitu barangan Panasonik. Tahniah diucapkan sekali lagi dan diharap peluang Izyan untuk menceburi bidang masakan dan kulinari terbuka luas diluar nanti.
 
 
Biodata Dan Profil Izyan Masterchef
Izyan atau nama penuh beliau Izyan Hani seorang wanita berkerjaya yang berumur 25 tahun dan kini berkerja sebagai Pegawai Geologi Selangor.
 
Izyan Hani merupakan seorang graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada. Beliau seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu dan juga pernah bekerja di pelantar minyak. Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken.
 
- Terima Kasih kerana sudi membaca - 

No comments:

Post a Comment