Bahan-bahan Sate:
1 keping dada ayam
1 ketul peha ayam-dibuang tulang
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kari
3 tangkai cili padi
1 inci halia-bahan perapan
1 inci lengkuas
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
6 batang serai
¼ cawan santan
1 cawan kacang tanah-disangai,dibuang kulit
1 cawan cili kering-dibuat cili boh
½ sudu kecil jus lemon
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar bahan perapan dan perapkan pada ayam yang dilumur dengan gula. Bakar hingga masak dan sudahkan dalam ketuhar @ 170c selama 10 minit.
2. Untuk kuah kacang, tumis bawang besar dan masukkan cili boh.
3. Apabila pecah minyak, masukkan kacang tanah dan serai yang dititik. Kacau rata dan masukkan 1 sudu santan. Perasakan dengan garam/gula.
4. Untuk salad, hiris nipis bawang besar dan timun. Campurkan jus lemon, garam dan gula.
5. Gaulkan keledek dengan santan. Perasakan dengan garam dan gula.See More
No comments:
Post a Comment